Anatomi Ikan pari

Ikan-ikan pari "batoid" ini berbadan lipih atau datar dibina dari tulang-tulang rawan mulur dan tegar. Ikan-ikan pari juga mempunyai lubang depan menutupi insang di bahagian bawah badan ikan: banyak spesies pari mempunyai lima lubang manakala spesies keluarga Hexatrygonidae mempunyai enam lubang.

Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inci yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa. Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."

Telur-telur ikan pari disenyawakan dari dalam yang dapat mengelakkan dimangsakan serta memelihara benih jantan dan tenaga yang digunakan sepenuhnya semasa pembiakan.[3]